You are here: Home

Bazaria Pantai Terima 117 Peniaga Minggu Ini

PrintE-mail


dsc_3881 dsc_3887
Bagi 117 peniaga di sepanjang Jalan Bukit Angkasa, Pantai Dalam bakal menarik nafas lega apabila fasa pertama pusat penjaja Bazaria Pantai sudah siap sepenuhnya dan mereka boleh berpindah masuk ke lot masing-masing bemula minggu ini. Pusat penjaja yang mula dibina Oktober tahun lalu akan beroperasi sepenuhnya sebaik ia dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Raja Nong Chik Dato’ Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ( KWPKB ), 17 Jun 2011 ini.

Menurut Yang Berbahagia Datuk Adnan Md. Ikhsan, Timbalan Ketua Setiausaha KWPKB, projek usahasama antara kementeriannya bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kumpulan Amona kini giat menyempurnakan fasa kedua pusat penjaja terbabit yang dijadualkan siap dalam masa empat bulan lagi. “Dengan kewujudan Bazaria Pantai ini bukan saja menambah keselesaan peniaga dan pelanggan malah mampu menaik taraf status penjaja jalanan yang sering dikaitkan dengan mereka”, katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke Fasa Pertama pusat penjaja itu, 7 Jun 2011. Hadir sama, Yang Berbahagia Datuk Haji Amin Nordin, Timbalan Ketua Pengarah Perkidmatan DBKL dan Yang Berbahagia Datuk Othman Ahmad, Pengerusi Kumpulan Amona.

Pelbagai kemudahan asas disediakan di Bazaria Pantai seperti tandas, surau dan lot parkir kereta yang banyak selain dekorasi landskap yang cantik sekitarnya.

dsc_3904 dsc_3900