You are here: Home Latest News Potensi kontraktor bumiputera dipertingkat

Potensi kontraktor bumiputera dipertingkat

PrintE-mail

BATU PAHAT 17 Feb. - Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri ini sedang mengubal Pelan Induk Kapasiti Kontraktor Bumiputera untuk mengenal pasti prestasi dan keupayaan mereka berdasarkan beberapa kriteria yang ditentukan.

Hasni Mohammad

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, pelan tersebut akan menentukan potensi projek yang terdapat di negeri ini serta peluang bagi membantu mereka.

Beliau berkata, pelan berkenaan akan membantu kontraktor bumiputera mengenal pasti kaedah serta teknologi baharu bagi memastikan projek-projek yang dijalankan berdaya saing serta berkualiti tinggi.

“Usaha ini juga bagi mewujudkan program-program khusus untuk menaik taraf kontraktor bumiputera dengan fasa pertama akan bermula pada tahun ini.

“Kerajaan meminta kontraktor sentiasa meningkatkan keupayaan masing-masing dari segi teknikal, pengurusan dan kewangan untuk memastikan mereka mampu menyaingi kontraktor lain,” katanya semasa merasmikan seminar pemantauan kerja-kerja rutin dan berkala serta keselamatan dan kesihatan pekerja anjuran Amona Infra Care Sdn. Bhd., di Hotel Katerina, di sini semalam.

Yang turut hadir, Pegawai Daerah Batu Pahat, Mohd. Halim Hasbullah; Timbalan Pengarah Kerja Raya negeri, Ir. Mohammad Salleh Abu Bakar; Pengarah Eksekutif Amona Infra Care, Che Hasnodi Che Hassan.

Dalam majlis itu, Nadi Cemerlang Enterprise, M. Faizal Group Enterprise, BA Construction Enterprise, Perniagan Alaf Baru dan Teka Cita Enterprise menerima Anugerah Kontraktor Cemerlang 2016.

Hasni juga memberitahu, Kerajaan Pusat telah memperuntukkan sebanyak RM600 juta pada tahun ini bagi kerja-kerja penyelenggaran jalan, membina 150 kilometer jalan kampung baharu, pelebaran serta menurap semula jalan di negeri ini.

“Sebuah unit inspektorat jalan bagi tujuan pemantauan kerja telahpun ditubuhkan di peringkat daerah bermula 1 Januari lalu selain penyediaan kenderaan oleh pihak konsensi kepada setiap JKR daerah,” katanya.

Sumber Rujukan Berita : http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/potensi-kontraktor-bumiputera-dipertingkat-1.191656